Oleh TONY PUA
Dato
Seri Najib Razak perlu hentikan muslihat berlian merah jambu dan
mengelirukan rakyat bahawa pembelian rantai berlian US$27 juta dengan
wang 1MDB tidak wujud.
Dato Seri Najib sekali lagi dilihat cuba menafikan kenyataan bahawa
isteri beliau, Rosmah Mansor telah membeli rantai berlian merah jambu
yang bernilai US$27 juta.
Najib tidak boleh menyembunyikan sebenarnya terdapat dua versi
penceritaan berbeza yang sedang berlegar. Cerita yang sedang
digembur-gemburkan oleh beliau hanya tentang berlian dan barang kemas
yang dibawa masuk oleh ejen dan dibawa masuk ke Malaysia untuk dilihat
oleh Datin Seri Rosmah.
Akan tetapi skandal sebenar berlian merah jambu yang sering
diketengahkan dalam kes 1MDB ini, bukanlah tentang berlian merah jambu
yang dibawa oleh agen. Sebaliknya, skandal ini merujuk kepada rantai
pink diamond 22 karat yang ditempah melalui Jho Low untuk Rosmah Mansor
dan dibayar dengan duit yang berpunca daripada 1MDB.
Kes ini hakikatnya telah dihuraikan dalam pendakwaan Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam “No. CV 17-4438 Verified
Complaint For Forfeiture In Rem” bagi kes “United States of America, V.
Certain Rights To And Interests In The Viceroy Hotel Group” pada 15 Jun
2017.
Laporan DOJ menunjukkan berlian ini telah dibeli daripada pereka berlian yang bertapak di New York, Lorraine Schwartz Inc.
Pada 5 Julai 2013, Schwartz telah bertemu dengan Jho Low dan Rosmah
di perairan Monaco, Perancis, di atas ‘Topaz’, yang merupakan antara
kapal layar mewah terbesar di dunia. Jho Low telah menyewa kapal
sepanjang 147 meter ini untuk 7 hari dengan kos €3.5 juta, yang juga
dibayar dengan wang berpunca daripada pinjaman 1MDB.
Di atas Topaz, Schwartz telah mempamerkan berlian tersebut kepada Jho
Low, Rosmah dengan kawan-kawannya. Mereka juga membincang reka bentuk
rantai berlian yang akan memegang berlian merah jambu 22 karat tersebut.
Pada September 28, 2013, Schwartz sekali lagi berjumpa dengan Jho Low
dan Rosmah Mansor di Hotel Mandarin Time Warner di New York untuk
menunjukkan gambar rajah rantai berlian yang telah direka.
Schwartz telah mengeluarkan 2 invois ke atas pembelian berlian ini.
Invois yang pertama bertarikh Julai 3, 2013 berjumlah US$23 juta untuk
berlian “22.17carat Natural Fancy Intense Pink VS2 clarity
(GIA#2115637296) Cut-Cornered Square Modified Brilliant Cut diamond.”
Invois kedua bertarikh Julai 31, 2013 untuk US$4.3 juta untuk rantai
berlian yang akan memegang berlian di atas, yang bertulis “one graduate
fancy intense pink and oval white diamond necklace with interchangeable
pendant to ring.”
Menurut bukti dakwaan DOJ, kesemua invois ini telah dibayar dengan
dana yang disalurkan daripada US$681 bilion atau RM2.6 bilion yang telah
dimasuki ke dalam akaun peribadi Dato’ Seri Najib Razak di Ambank, yang
berpunca daripada pinjaman bon 1MDB pada tahun 2013.
Akhirnya, rantai berlian merah jambu dihantar kepada Rosmah Mansor melalui rakannya di Hong Kong pada Mac 7, 2014.
Dalam wayang skandal berlian merah jambu ini, “bossku” seperti biasa
cuba memainkan watak yang dianiayai dan ditindas tetapi hakikatnya Najib
Razak sedang menyembunyikan fakta pembelian “pink diamond” dan
seterusnya menutup dosa pengubahan wang haram 1MDB.
Saya ingin mencabar Dato’ Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri
Rosmah untuk menafikan secara spesifik ke atas kesemua dakwaan dan bukti
yang telah dikemukakan oleh DOJ. Apa sebabnya, sehingga hari ini,
pasangan suami isteri ini tak pernah menafikan perkara ini?
Sudahlah berfoya dengan duit yang dirompak daripada rakyat, sekarang
cuba memperbodohkan rakyat dengan aliran fakta yang bercelaru dan
menyembunyikan fakta sebenar pula.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan