Setahun PH dalam gelora politik

Oleh Abd Shukur Harun

Pada 9 Mei ini genap setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah negara setelah memenangi PRU ke-14 dengan cemerlangnya. Mengalahkan Umno-BN.

PRU itu mendapat pujian pelbagai pihak kerana peralihan kuasa itu dalam keadaan aman, tanpa menimpahkan setitik darahpun.

Tun Dr. Mahathir diserahkan amanah memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua.

Dengan misi dan visinya, tokoh itu memimpin negara, dengan membentuk anggota kabinet PH daripada komponnnya Parti AMANAH, PKR, Peribumi dan DAP.

Walaupun menerima kritikan pelbagai pihak, namun kerajaan PH berjalan lancar. Kritikan itu ada yang berupa emosi melulu, tanpa fakta, ada yang perkauman di samping diakui  ada yang separuh benar.

Antara kejayaannya ialah mengurangkan hutang negara, membasmi rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa malah menambah pendapatan negara dan rakyat.

Walaupun selama setahun memerintah, belum terpenuhkan ikrar dan janjinya, terutama apa yang dirakam dalam Manifesto Pilihanraya. Namun Ia berusaha untuk memenuhinya.

Kelihatan Kerajaan PH sangat terbuka, lebih-lebih lagi apabila menerima kritikan berdasarkan fakta, bukan rekaan. Umpamanya mengenai isu Tabung Haji, peruntukan kepada agama lslam, yang ternyata terus bertambah.

Malangnya, kerajaan PH sentiasa dilihat negatif. Sementara itu, PH kini berdepan dengan keadaaan lebih getir lagi, apabila ia berdepan dengan isu perkauman yang disemarakkan oleh golongan tertentu yang mahu mengambil peluang meraih keuntungan politik, berdasarkan sentimen agama dan kaum.

Kita percaya fenomena ini tidak akan lama. Dalam masa yang sama, walaupun ia menerima kritikan setiap hari.

Namun PH terus berusaha membaikinya. Dalam soal harga barangan keperluan asas yang yang masih belum turun, maka banyak faktor yang perlu dikaji, maka kerajaan PH perlu segera menanganinya.

Perjalanan dan perjuangan tetap jauh dan sukar. Bersedialah menghadapi cabaran.

Mudah-mudahan PH akan panjang hayatnya dan Insya-Allah akan dapat memenangi PRU ke-15 nanti.

Ini sebuah harapan maka semua pendukung PH perlu meneruskan perjuangan ini walau perit cabaran.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan