KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul
Samad yakin Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Datuk Salahuddin Ayub yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) semalam tidak bersalah.
Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan
memberitahu bahawa beliau secara peribadi terkejut dengan berita
penahanan tersebut atas tuduhan menerima sogokan jam tangan bernilai
RM28,000.
“Setahu saya dia berkorban ribuan ringgit dan masanya untuk menentang amalan rasuah. Semoga dia tabah menghadapi ujian ini.
“Saya
doakan dia dilindungi Allah daripada segala perancangan jahat lawan
politik sekiranya ada dan diadili dengan adil. SPRM akan menjalankan
tugasnya tanpa gangguan atau campur tangan politik daripada PH (Pakatan
Harapan).
Namun saya yakin, kerana saya kenal dirinya, dia tidak
bersalah,” katanya dalam laman Twitter miliknya di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan