Oleh Nadzmi Nadzir
(1) Sehari dua ni ramai pula musuh politik & pembenci YB Menteri Pendidikan bertukar menjadi
pencinta dan penyokong YB. Cuma disebalik sokongan itu mereka menyerang
penyokong dan pimpinan PH kononnya tidak menyokong YB Maszlee. Mereka
sokong Maszlee kerana mereka mahu serang musuh politik mereka. Nampak
tak permainan politik mereka?
(2) Ini bertitik tolak dari kenyataan YB Maszlee mengaitkan isu kuota
matrikulasi dengan bahasa Mandarin sebagai syarat mendapat pekerjaan.
Kenyataan Maszlee itu mengundang kritikan beberapa pihak, antaranya Naib
Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker; Presiden GERAKAN, Datuk Dominic
Lau Hoe Chai dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang juga
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.
(3) Apa lagi
musuh politik PH mereka terus membuat kesimpulan dan tafsiran liar iaitu
pemimpin dan penyokong PH takut kepada DAP dan khadam DAP. Mereka kata
tiada seorangpun bangkit mempertahankan YB Maszlee. Mengikut perkiraan
politik mereka, pemimpin PH dan penyokongnya mesti menyerang DAP &
memaki hamun pemimpin DAP. Mereka mahu kita seperti mereka berpolitik
dgn makian, hinaan, perbalahan dan dendam.
(4) Yg peliknya mereka
ini tidak pula serang MCA dan GERAKAN wlpn keduanya mengkritik YB
Maszlee. Tidak kedengaran pula mereka mendesak pemimpin dan ulamak
mereka putuskan hubungan MCA & GERAKAN serta UMNO yg berpakat dgn
keduanya.
(5) Itulah corak politik pembangkang & NGO pro
UMNO PAS. Mereka akan ambil peluang untuk menyerang PH, mempolitikkan
isu utk meraih keuntungan politik, menanam politik dendam, kebencian dam
perkauman. Mereka bukan ikhlas menyokong YB Maszlee jika tiada
keuntungan politik. Lihatlah nanti mereka akan memusuhi Maszlee,
memerli, menghina dan memaki hamunnya nanti.
(6) Bagi pendapat
ambo, isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia tidak memudaratkan
agama, negara dan bangsa kita. Bahkan kenyataan Maszlee itu membuktikan
tiada siapa dominan dalam PH, Melayu tetap dibela, Menteri Melayu masih
berkuasa membuat keputusan & membuat kenyataan. Ia juga menunjukkan
bhw dakwaan Melayu di bawah telunjuk DAP dan terpinggir di bawah PH
adalah meleset sama sekali. Ini yg tidak menyenangkan pembangkang....
Ambo sokong YB Maszlee...
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan