Oleh CIKGU NURUL ATIQAH AMANINA MASHUDI
Proses membaiki rumah usang yang hanya menanti saat menyembah bumi
bukanlah suatu pekerjaan yang senang. Prosesnya juga mengambil masa yang
lama. Sekarang, kerja-kerja pembaikan sudah setahun berlalu dan masih
giat dijalankan. Begitulah menurut saya terhadap kerajaan Malaysia bharu
yang berusia setahun tujuh belas hari ini.
Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum 21 Mei 2019, genap setahun
perlantikan Dr Maszlee dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Walaupun
saya tidak pernah menduduki kelas yang diajar oleh beliau tetapi sebagai
pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berkongsi bumbung
yang sama, saya merasa bangga dan gembira di atas perlantikan tersebut.
Keseronokan, kasih sayang dan hormat menghormati
Apa yang menarik perhatian saya diawal pengemudian beliau bersama
Kementerian Pendidikan ialah memastikan tiga perkara iaitu keseronokan,
kasih-sayang dan hormat-menghormati menjadi asas dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran.
Saya percaya elemen tersebut memainkan peranan yang penting di dalam
dunia pendidikan. Melalui permerhatian saya seorang guru yang baru
setahun jagung di dalam dunia pendidikan, memang benar pelajar datang ke
sekolah untuk belajar tetapi masih ada pelajar yang datang ke sekolah
untuk mendapatkan perhatian sebelum menuntut ilmu dan ianya acapkali
menguji kesabaran sebagai seorang guru.
Situasi ini juga sering dikaitkan dengan pelajar yang mempunyai
motivasi belajar yang rendah dan masalah disiplin. Masalah ini dapat
diatasi jika cikgu memandang murid dengan penuh kasih- sayang dan
kasihan. Selami hati isi murid dan akhirnya percayalah murid akan
menyerahkan diri untuk menuntut ilmu. Suka saya untuk memetik kata-kata
dari Nicholas A. Ferroni, “Student who are loved at home, come to school
to learn, and students who aren’t, come to school to be loved”.
Satu tahun, dua pencapaian sisi manusiawi
Mengikuti rapat perkembangan dunia pendidikan Malaysia, diantara 9
teras pencapaian KPM di bawah Pakatan Harapan ada dua pencapaian
Kementerian Pendidikan yang hampir memenuhi kepuasan sisi manusiawi
saya.
Yang pertama, manfaat untuk pelajar B40. Kitaran kemiskinan
semamangnya kitaran kejam yang membunuh potensi pelajar. Bermula dari
miskin kemudian terbantut tumbesaran kemudian kesukaran belajar dan
kemudian akhirnya tercicir dari sekolah. Inilah kitaran yang sentiasa
beputar jika tiada siapa yang sanggup memutuskan rantaian tersebut.
Langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan dengan
memperuntukkan sebanyak 60 peratus tempat SBP kepada pelajar-pelajar
keluarga B40 harus dipuji. Melihat situasi dan keadaan kemasukan ke SBP
oleh anak-anak B40 tersenyum simpul di dada akhbar dan siaran berita di
televesiyen, hati saya gembira dan sayu.
Yang kedua, perhatian penuh kepada OKU. Aksi Timbalan Perdana Menteri
, Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan bahasa isyarat ketika
menyanyikan lagu kebangsaan dan aksi Dr Maszlee menggunakan bahasa
isyarat ketika siaran lansung Perutusan Perdana Menteri berjaya menarik
perhatian warga maya. Aksi-aksi ni hanya akan menjadi romantisme jika
tiada tindakan untuk membantu golongan oku.
Perjuangan pendidikan inklusif semakin mendapat perhatian dan tumpuan
oleh KPM. Antara langkah yang diambil ialah usaha secara berperingkat
menaik taraf sekolah di seluruh negara supaya lebih mesra OKU.
Peruntukan sebanyak RM 200,000 akan dibagi kepada setiap sekolah bagi
merealisasikan usaha ini.
Kepada Dr Maszlee dan pasukan, selamat maju saya saya ucapkan.
Sebagai rakyat marhaen, saya akan cuba sedaya upaya berusaha menyambut
baik usaha kerajaan lebih-lebih lagi di dalam dunia pendidikan. Saya
mendoakan agar perjuangan menaik taraf pendidikan di Malaysia sentiasa
berjalan dengan lancar dan diberi kekuatan, idea dan tenaga yang
mencurah-curah.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan