Piagam UMNO-Pas dedah 'hubungan gelap' dua parti itu.

RANTAU PANJANG  - Piagam UMNO-Pas yang bakal dimeterai antara kedua-dua parti pembangkang itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri secara tidak langsung mengesahkan 'hubungan gelap' antara kedua-dua parti yang cuba disembunyikan sebelum ini.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa berkata, pengesahan itu merupakan salah satu perkara yang pernah dituntut beliau sebelum ini supaya hubungan tersebut didedahkan kepada seluruh rakyat dan ahli parti.

“Kalau nak buat hubungan biarlah secara terbuka dengan pengetahuan ahli dan rakyat, bukan secara sembunyi.

“Besar harapan saya agar hubungan ini mendapat restu sepenuhnya daripada ahli diperingkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada Asnaf Rantau Panjang di sini petang semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai Piagam UMNO dan Pas yang bakal dimeterai selepas hari raya nanti.

Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan memberitahu, hubungan yang terjalin antara kedua-dua parti itu tidak semestinya utuh.

Katanya, walaupun secara hakikatnya perkara itu dilihat bagus untuk gabungan pembangkang namun hubungan yang terjalin menerusi piagam itu tidak mestinya terus kekal sampai bila-bila.

“Suami isteri pun ada piagam masa angkat nikah. Bila ada piagam pasangan berkenaan mendapat anak.

“Namun perlu diingat ada dalam kalangan pasangan itu jodohnya tidak panjang, kemudiannya bercerai,” ujarnya
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan