Oleh
MOHD HARIZ ANWAR
Keputusan
pilpres Indonesia yang diumumkan pada 21 Mei lalu mengundang kemarahan
separuh warganya. Lantaran kematian ‘misteri’ lebih 700 petugas mengira
undi (KPPS), pemilu kali ini dilihat sangat tidak bersih dan mempunyai
motif tersembunyi.
Petugas-petugas tersebut mati bukan kerana tindakan rusuhan, tetapi
didakwa akibat ‘keletihan melampau’ kerana terlalu banyak mengira kertas
undi. Lebih 3,000 petugas dimasukkan ke hospital setakat 10 Mei lalu.
Memberi gambaran bahawa proses pemilu Indonesia pada kali ini dipalit
skandal dan ‘kecurangan’, warganya khuatir jika suara mereka tidak
didengari.
Makanya, warga Indonesia mula membanjiri pusat pengiraan undi
(bawaslu) di Jakarta sambil menunggu pengumuman. Namun, setelah
keputusan tidak rasmi diumumkan, pertempuran terjadi. Setakat petang
Rabu, 22 Mei lalu, enam orang disahkan terkorban.
Sejak 20 Mei, pihak berkuasa Indonesia mula menggerakkan jentera
mereka setelah mendapati peningkatan mendadak kemasukan warga ke pusat
bandar Jakarta.
Namun setelah keputusan diumumkan, pertempuran antara orang awam dan polis terjadi di pusat pengiraan undi.
Protes seterusnya merebak ke sekitar daerah Tanah Abang dan
Pertamburan, Jakarta. Di Pertamburan juga dapat disaksikan bangunan awam
turut dibakar seterusnya mengorbankan nyawa yang pertama pada malam 21
Mei.
Berikutan tular di media sosial, pemerintah bertindak menyekat Twitter, Facebook dan WhatsApp.
Pertempuran orang awam dengan polis melarat hingga ke hari seterusnya dengan korban meningkat kepada enam orang.
Sejak awal kempen, suasana politik Indonesia dicalit dengan
ketidakpuasan hati warganya terhadap pemerintahan Jokowi. Rentetan
beberapa peristiwa yang didapati menyentuh sensitiviti rakyat Indonesia
termasuk menghina al-Quran. Pemerintahan Jokowi didapati gagal
menyakinkan populasi Muslim terbesar dunia itu.
Hal inilah yang dieksploitasi oleh Malaysiakini dalam artikel siaran Facebook mereka pada 22 Mei. (Link https://www.facebook.com/31373189944/posts/10151737617684945/)
Memetik ulasan seorang penganalisis politik, Prof Dr Mohammad Agus
Yusoff, ada tiga isu yang dimainkan pihak yang berkenaan di Indonesia
dalam pemilihan presiden negara itu.
“Di Indonesia sekarang, rakyat dirasuk bukan kerana Jokowi rasuah,
tapi tiga perkara: agama terancam dan ulamak dizalimi, kaum Cina
menguasai negara, dan KPU curang,”.
Skop sempit paparan Malaysiakini masih belum penat menyebarkan propaganda mereka sejak mengeksploitasi naratif peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Bagi mereka, sistem demokrasi hanya akan dirosakkan dengan rasuah
sahaja. Manakala, menghina dan menafikan pilihan agama majoriti, dan
menentukan hala tuju negara mengikut acuan tempatan adalah penyebab
kepada kekacauan. Kemudian tanpa segan silu mengait dan mengeksploitasi
naratif tersebut terhadap suasana politik Malaysia. Jelas, Malaysiakini berniat jahat.
Tidak kurang mereka cuba berbohong berkenaan dengan ‘kaum Cina menguasai Indonesia’.
Apa yang sebenarnya dikhuatiri warga Indonesia adalah keakraban
Indonesia dengan negara China hingga menimbulkan kerisauan warganya
apabila mendapati peningkatan kemasukan warga China ke Indonesia.
Kebanjiran itu pula dipalit dengan insiden-insiden kurang
menyenangkan di media sosial sejak 3 tahun kebelakangan ini. Insiden
tersebut termasuk pertikaian kemasukan ke kawasan tertentu yang dikuasai
ahli perniagaan dari China hingga menimbulkan keresahan warga
Indonesia.
Bukan bangsa Cina tempatan yang telah berasimilasi, tetapi ahli perniagaan dari Tanah Besar China yang dikhuatiri warganya!
Tidakkah kewartawanan Malaysiakini sepatutnya lebih jelas
akan hal ini? Tidakkah kematian lebih 700 petugas pemilu itu
membangkitkan kecurigaan terhadap sistem pilihanraya Indonesia?
Sememang mereka berniat jahat apabila cuba memutarbelitkan naratif
demi kepentingan propaganda mereka. Perbuatan ini sangat jijik.
Sungguhpun begitu, kami dari kumpulan Palestin Inggeris terus menerus
mengemaskini laporan di Twitter berkaitan dengan tragedi pilpres
Indonesia 2019.
* Penulis merupakan aktivis Group Palestine English (TWITTER @MHBASjam)
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan