Penasihat Syariah Kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
berkata, pengstrukturan semula yang dilakukan oleh Tabung Haji (TH)
telah mula menunjukkan kesan-kesan positif yang meyakinkan.
Jelas beliau, pengurusan korporat sangat penting dalam tadbir urus
TH, justeru apa yang telah dilakukan oleh TH melalui pengstrukturan
semula itu telah mula dilihat kesannya dalam jangka sederhana.
Katanya, pembentangan laporan kewangan suku pertama tahun 2019 oleh
TH baru-baru ini merupakan satu sejarah kerana sebelum ini TH tidak
pernah membuat pembentangan seperti itu.
“Kali ini TH telah membuktikan ketelusan yang cukup hebat dan kita
dapat lihat di situ bahawa terdapat 91 ribu akaun baharu dibuka, ada
keuntungan bersih untuk tiga bulan pertama sebanyak 440 juta, dan ini
merupakan suatu perkembangan yang positif.
“… walaupun dalam keadaan kesan pengstrukturan itu baru bermula,”
kata beliau dalam program TH – Amanah dan Masa Depan di radio Nasional
FM pada 23 Mei lalu.
Katanya lagi, umum juga dapat melihat bahawa TH mendapat RM4.3 bilion
melalui pendeposit baharu walaupun ada juga pendeposit yang keluar.
Biarpun memang ada pendeposit yang keluar dari TH iaitu berjumlah
RM4.6 bilion, namun kata beliau, ia tidak mendatangkan masalah besar
buat TH kerana pendeposit yang keluar itu adalah mereka yang menyimpan
bagi tujuan melabur bukan untuk menunaikan haji, katanya.
Selain daripada itu tambahnya, jaminan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan juga adalah sangat baik.
“Aset-aset yang dijual kepada SPV atau Urus Harta Jemaah Sdn. Bhd
itu, kalaulah ada yang berkembang dengan pantas, TH mempunyai hak untuk
mendapatkannya semula dalam perjanjiannya dengan kerajaan.
“Saya dimaklumkan bahawa semua urusan jual beli TH ini telah
didokumenkan, dan bukan hanya kenyataan politik menteri,” tambah
presiden Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid) itu.
Semua ini adalah perkembangan yang sangat baik jelasnya.
Ujar Zaharudin, suatu perkembangan yang positif juga ialah kesemua
ahli Lembaga Pengarah kini tidak ada ada ‘orang politik’ kerana katanya,
umum mengetahui orang politk selalunya mempunyai strategi yang
‘pelik-pelik’ yang mungkin tidak sihat bagi strategi korporat tetapi
menguntungkan orang politik.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan