“Kami menunggu pengumuman piagam itu sebelum membuat ulusan selanjutnya, kata naib presiden Amanah Husam Musa.
Beliau bagaimanapun yakin kerjasama PAS dan Umno itu tidak akan kekal lama dan mampu membentuk pasukan pembangkang yang kuat kepada Pakatan Harapan (PH).
“Tidak semestinya piagam itu (apabila ditandatangani) akan mengukuhkan hubungan antara kedua-kedua parti walaupun secara hakikat perkara itu adalah baik,” kata beliau selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan sumbangan kepada asnaf Rantau Panjang di Kilang LLY Loyalty Logistics Sdn Bhd, Rantau Panjang, di sini, Sabtu malam.
“Ia boleh mengalakkan perdagangan laut antara Kelantan dengan negara jiran dan mudahkan pengimport dan pengeksport yang belum ada kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk berurusan.
“Dengan adanya gudang ini kemajuan negeri Kelantan dapat dipertingkatkan dengan cara negeri ini juga boleh mengeksport dan mengimport barangan dengan kos yang lebih jimat,” katanya.
Kilang itu dibina oleh syarikat swasta pada tahun 2016 dan dijangka memulakan operasi pada Jun depan dan berperanan sebagai tempat menyimpan barangan dari pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pulau Duyung Terengganu.
0 comments:
Catat Ulasan