Ia susulan kritikan berterusan ke atas keputusan Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya untuk menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Katanya, pemimpin PH sepatutnya sedar rakyat mahu lebih banyak tindakan dan kurang bermain politik.
“Mereka sepatutnya memberi Mahathir sokongan mereka, bukannya mengulas keputusannya,” katanya sambil menambah pemimpin PH sepatutnya menyokong perpaduan gabungan itu.
“Rakyat, lebih-lebih mereka dalam PH, patut menghargai sebagai ketua eksekutif, beliau mempunyai hak untuk membuat sesetengah keputusan penting dan mereka patut memberi beliau ruang dan kepercayaan untuk berbuat demikian.
“Kita faham keperluan dan keinginan untuk pembaharuan, tetapi kita tidak boleh terlalu obses sehingga tahap ia mengehadkan kerajaan daripada mara,” kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM itu.
Katanya, Latheefa terkenal dengan kelantangan dan sikap tegasnya.
“Saya rasa mereka yang membantah pelantikan Latheefa sama ada jahil, taasub dengan reformasi atau mungkin takut dipanggil untuk siasatan SPRM.”
Beliau berkata, Latheefa perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya, sama seperti mahathir masih bertanggungjawab kepada Parlimen, walaupun beliau mempunyai kuasa eksekutif.
“Sudah sampai masanya berhenti bincang isu ini.”
0 comments:
Catat Ulasan