Selepas isteri tarik diri dari inkues, setiausaha akhbar Zuraida letak jawatan

SETIAUSAHA akhbar kepada Zuraida Kamaruddin letak jawatan dua minggu selepas isterinya menarik diri sebagai peguam dalam inkues menentukan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ahmad Soffian Mohd Shariff memaklumkan perletakan jawatannya dalam mesej kepada wartawan melalui WhatsApp hari ini.

“Untuk makluman semua, saya telah menghantar surat peletakan jawatan hari ini dan akan bercuti selama sebulan,” katanya.

Isterinya Syazlin Mansor pada 27 Mei lalu menarik diri daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia, dan keluarga Adib dalam inkues yang bermula sejak 11 Februari lalu.

Beliau ketika itu tidak memberikan alasan penarikan diri, namun kemudian disahkan diminta berbuat demikian kerana ada pertindihan kepentingan.

Sehari kemudian, Peguam Negara Tommy Thomas memberikan penjelasan kenapa Syazlin tidak sepatutnya menerima pelantikan sebagai peguam bagi pihak kerajaan, antaranya kerana suami beliau pegawai kepada Zuraida yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Zuraida kini dalam lawatan kerja ke Istanbul, Turki.

Minggu lalu, Zuraida memberitahu wartawan beliau tidak diberi nasihat untuk mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara sebelum melantik Syazlin sebagai peguam kementerian dan jabatannya.

“Saya tidak dinasihatkan. Tiada peguam yang tampil untuk tawarkan khidmat mereka dan tiada sesiapa di kementerian yang mendapatkan nasihat daripada AGC. Jadi kita teruskan dengan pelantikan Syazlin,” katanya.

Semasa inkues, Syazlin mengemukakan keterangan pakar Prof Shahrom Abd Wahid, bekas pakar perunding kanan forensik dan patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang berpendapat Adib ditarik dari jentera bomba dan dipukul pada malam kedua rusuhan di kuil Hindu di Subang Jaya pada November tahun lalu.

Keterangan Shahrom menyangkal laporan bedah siasat ke atas Adib serta keterangan dua pakar perubatan forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Dr Mohd Shah Mahmood
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan