Walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak, Takiyuddin berpendapat Latheefa layak menerajui badan itu, lapor Utusan Online.
“PAS mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh integriti kepada beliau,” katanya.
“Latheefa mempunyai rekod sebagai seorang yang teguh kepada prinsip khususnya undang-undang, tegas dan tanpa kompromi.
“Ciri-ciri ini menjadi elemen penting di dalam menerajui sebuah badan yang berdepan dengan isu rasuah yang merupakan masalah paling besar dalam negara ini,” tulisnya di Facebook.
Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bagi tempoh selama dua tahun
0 comments:
Catat Ulasan