Oleh Mohd Sayuti Omar
DALAM tempoh tidak sampai 73 jam ini saya melihat Anwar Ibrahim mendapat
semangat dan kekuatan baharu untuk menghadapi musibah kemelut yang
menimpa partinya waktu ini.
Semangat itu juga secara tidak langsung memberi keyakinan kepadanya,
bahawa ombak yang ditimbulkan timbalannya Mohamed Azmin Ali tidak akan
sampai Keadilan karam dan tenggelam.
Beberapa petunjuk "alam" yang boleh diperhatikan. Antaranya ialah apabila malam tadi Dr Mahathir Mohamad hadir ke temurapat (retreat) Keadilan
di Port Dickson yang bermula hari ini selama tiga hari. Kehadiran
Mahathir itu memberi singnifikan jelas dengan apa yang berlaku. Bahawa
Dr Mahathir tidak terganggu dengan aksi-aksi Azmin dan kumpulannya.
Secara tidak langsung di sini juga menunjukkan kehemahan Mahathir dalam
berpolitik.
Sama ada Mahathir sedar dan harus berdiri di tengah-tengah di antara dua
orang bergaduh itu, itu soal lain. Tetapi yang jelasnya apabila hadir
ke Port Dickson semalam menunjukkan beliau masih berpegang kepada
majoriti dan bukan peduli kepada rengetan budak-budak yang mahu mendapat
perhatian. Inilah sifat dan sikap Mahathir yang tidak mudah untuk
difahami dan meletakkan beliau sebagai seorang politis yang abstrak, licit dan bijak.
Anwar dan Keadilan tentu gembira dengan kehadiran Mahathir itu. Apa lagi
Mahathir telah berucap memberi nasihat agar semua pihak jaga
keharmonian dan elakkan perpecahan. Beliau memberi amaran perpecahan
akan membawa kepada kekalahan.
Walaupun Mahathir tidak menyebut langsung kepada Keadilan, dengan
berlindung dengan menyebut PH, tetapi ucapan dan nasihat itu ditujukan
kepada Keadilan, khasnya kepada individu yang gelenger untuk
bergaduh. Kekalahan yang beliau sebutkan itu tentulah kepada mereka yang
memiliki kuasa minoriti yang mana seharusnya kuasa minoriti tunduk
kepada kuasa majoriti.
Kita berpuas hati dengan cara Mahathir, beliau nampak jujur dan berpegang kepada prinsip dan konsensus yang telah dijanjikan.
Selain daripada apa digambarkan Mahathir di Port Dickson itu, ada
beberapa gambaran lain yang ada hubung kait dengannya berkaitan isu yang
berlaku sekarang ini. Gambaran itu seakan-akan indikator kepada masalah
yang berlaku kini.
Khabarnya semalam, selepas mesyuarat kabinet dan sessi bergambar Dr
Mahathir memanggil Azmin? Panggilan itu penting kerana Azmin dikatakan
terpaksa membatalkan rutinnya mengadakan post cabinet setiap selepas
mesyuarat kabinet.
Apa yang berlaku semalam, mengenai sessi bergambar anggota kabinet
sebaik selesai mesyuarat itu, kemudian Azmin dipanggil Mahathir memberi
tafsiran seperti mana yang bertompok dalam kepala umum hari ini. Bahawa
isu video lucah Haziq Aziz itu telah menyebakan Azmin hilang kredibiliti
sebagai pemimpin parti selaku Timbalan Presiden Keadilan dan juga
sebagai anggota kabinet. Selalunya ada hal mustahak untuk diperkatakan
dengan seseorang yang dipanggil itu oleh perdana menteri.
Cara Azmin menghendik Anwar agar mencermin muka dilihat kenyataan yang
kesat yang tidak sepatutnya keluar daripada bibir Azmin. Apabila Azmin
sanggup mengeluarkan begitu ia menjelaskan jiwanya tidak tenteram lagi.
Azmin sebelum ini dilihat seorang yang berwibawa, berhemah dan cukup
terserlah keintelektualannya, musanah dengan sikap panas baran itu.
Perkembangan itu tentu dipantau oleh Mahathir.
Selain daripada perkembangan atau kejadian-kejadian tadi yang tidak
dapat dipastikan, ada dua lagi keadaaan atau petunjuk yang boleh
mengukuhkan dan mendamaikan Anwar sekaligus meletakkan Azmin dalam
keadaan tidak kondusif. Sebelum Azmin mengherdik Anwar itu, Penasihat
Media dan Komunikasi di Pejabat Perana Menteri A Kadir Jasin semasa berdiskusi buku tulisan Shahbudin Husin menyatakan keyakinannya yang Anwar akan dilantik menjadi perdana menteri.
Kadir melalui perhatiannya serta mengenal hati budi Mahathir yakin dan
percaya Mahathir akan menunaikan janjinya untuk melantik Anwar sebagai
PM. Keyakinan A Kadir itu memberi sinar harapan buat orang yang mahu
melihat Anwar menjadi PM. Sebelum ini A Kadir dilihat seorang yang tidak
mudah berkompromi (membodek), beliau lebih bersifat terbuka sesuai
dengan prinsip sebagai seorang wartawan professional.
Apabila beliau memberi keyakinan itu saya kira ia bukan satu kata-kata
iseng kerana kebetulan melancarkan buku Shahbudin berjudul ANWAR PM Ke 8 - Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati,
ketika itu, tetapi disebabkan beliau telah melihat apa yang bergerak di
bawah. Sebagai seorang wartawan yang juga kawan baik Mahathir, Kadir
mungkin mendapat isyarat jelas. Kebetulan juga sebelum ini Kadir pernah
menegur penampilan Azmin sebagai menteri ekonomi.
Selebihnya satu petanda lagi dan ini yang terbaharu sampai ke telinga
saya mengenai sikap dan penerimaan Daim Zainuddin berhubung kasus
dihadapi Azmin kini. Katanya Daim sudah hilang harapan untuk Azmin
menjadi Perdana Menteri selepas meletusnya video lucah Haziq itu. Daim
tentu faham dan dapat membaca dan menghidu kedudukan sebenarnya video
yang dikatakan tulen tetapi tidak dapat dipastikan pelakunya itu. Apakah
Daim mempunyai maklumat lebih banyak daripada pihak Polis mengenai production video berkenaan?
Meminjam kata-kata kawan seperti mana dikutip daripada orang yang rapat
dengan Daim; Daim dilaporkan sebagai menyebut; Azmin sudah habis, dia
tidak boleh dipakai." Aduh teruk dan kesat juga Daim kalau itulah
kata-katanya. Sama sekali kalau Daim yang sebelum ini dilihat menjadi
pembuka jalan kepada Azmin untuk jadi PM tiba-tiba boleh dan tergamak
melepaskan kata-kata itu.
Bagaiman pun baik kata-kata A Kadir Jasin dan Daim itu walaupun nampak
mengukuhkan kedudukan dan mengurangkan kebimbangan Anwar, tetapi itu
tidak boleh dipercayai seratus peratus. Walaupun mereka, Kadir lebih
bersifat sebagai seorang wartawan manakala Daim seorang pedagang, namun
mereka tetap masih lagi berada dalam circle atau orbit politik yang mempunyai motif dan cita-cita tersendiri.
Buat ketika ini dan saat ini kita menerima ia satu kata-kata yang jujur
dan bila ia dihubungkaitkan dengan cara penampilan Dr Mahathir hari ini
yang menunjukkan mual dengan apa yang berlaku, ia boleh dirumuskan,
bahawa kedudukan Azmin kini dalam bahaya.http://msomelayu.blogspot.com/
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan