PKPIM berpandangan bahawa PPSMI adalah dasar yang gagal berasaskan rujukan kepada banyak kajian yang telah dijalankan. Ini termasuklah dapatan yang menyatakan hanya lapan peratus guru bersedia untuk mengajarkan subjek-subjek tersebut dalam Bahasa Inggeris atas faktor kesukaran bertutur dalam bahasa berkenaan.
PKPIM juga berasakan dasar ini akan menyebabkan para murid terutama di luar bandar menjadi kurang berminat dengan Sains dan Matematik atas faktor tidak dapat memahami apa yang diajar atas sebab kekangan kemahiran berbahasa Inggeris.
PKPIM setuju akan kepentingan memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini harus dilaksanakan dengan meneroka kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris yang lebih mesra pelajar dan bukannya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sesi PdPc.
MUHAMMAD NUR IMAN ABDUL KHUDUS ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
0 comments:
Catat Ulasan