Tiada larangan Azhar Idrus beri kuliah agama, kata pengarah Jawi

KUALA LUMPUR, 31 Julai  — Tiada halangan untuk Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah agama di mana-mana kawasan  Wilayah Persekutuan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menolak dakwaan yang tular, Mohd Ajib Ismail berkata penceramah bebas itu ada tauliah mengajar di Wilayah Persekutuan yang terpakai sehingga 31 Disember 2020, lapor Sinar Harian.

“Maklumkan kepada semua pihak bahawa tiada halangan buat Ustaz Azhar Idrus memberikan ceramah di Wilayah Persekutuan mengikut tauliah yang diberikan oleh pejabat mufti. Saya menafikan Jawi membuat larangan tersebut,” katanya.

Baru-baru ini, kuliah Azhar di Masjid Mua’adz, Setiawangsa dekat sini Sabtu lalu dibatalkan dan perkara itu mengakibatkan tular dakwaan wujud larangan untuk penceramah tersebut.

Mengulas salah faham itu, Ajib berkata kuliah itu ditangguh, bukan dibatalkan atas sebab masalah teknikal susulan tarikh berkenaan adalah “tempoh pengujian pendingin hawa masjid itu”.

“Penangguhan dibuat atas nasihat teknikal kontraktor kerana dikuatiri berlaku masalah bekalan elektrik yang mungkin akan mengganggu kerja pengujian pendingin hawa baharu,” katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan