Mengimbau kembali detik manis ketika di zaman persekolahan, Mohamad berkata beliau tidak menyangka firasat guru besarnya itu amat tepat sekali dengan apa yang dilaluinya kini,
“Pada suatu hari, guru besar meminta semua murid berucap di pentas sekolah dengan isunya adalah bebas, Saya memilih untuk berucap mengenai “ping pong diplomasi” dengan China. Pada masa itu (1971), China dan Amerika Syarikat belum ada hubungan diplomatik, jadi dipanggil ping pong diplomasi. Itu ulasan saya yang pertama berkaitan international politik, masa itu guru besar cakap ,saya akan jadi orang politik, itu yang paling saya ingati, guru besar itu sudah pun meninggal dunia,”
berlainan beliau memilih untuk mengupas isu politik.
“Rakan-rakan saya yang lain pilih tajuk mengenai mimpi yang ngeri, lawatan ke Kuala Lumpur namun politik menjadi tajuk pilihan saya untuk berucap,” katanya.
Pada majlis itu, Mohamad turut memberikan sumbangan RM15,000 bagi tujuan pembangunan sekolah tersebut. Majlis itu turut menghimpunkan lebih 100 kenalan semasa zaman persekolahan beliau.
Turut hadir Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong. — Bernama
0 comments:
Catat Ulasan