10 Toyoto Camry ganti Proton Perdana untuk kegunaan Exco Negeri Kedah

Pembelian 10 kereta Toyota Camry baharu bagi menggantikan kereta Proton Perdana bagi kegunaan exco negeri Kedah merupakan satu keperluan, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, sekiranya kereta tersebut tidak ditukar maka kerajaan negeri terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang amat tinggi.

“Pembelian ini dibuat setelah kereta nasional tersebut digunakan lebih lima tahun sebelum ini sering rosak.

“Selain itu kereta-kereta tersebut juga kerap rosak dan perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

“Terdapat juga kenderaan yang rosak ditengah jalan dan pelbagai bentuk kerosakan lagi, “ujarnya selepas majlis penghargaan pasukan khas Olimpik Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Sehubungan itu katanya, adalah lebih baik bagi kereta-kereta tersebut di ‘trade in’.

Ujar beliau lagi, apabila kenderaan baru digunakan sudah pasti kosnya tidak akan terlampau tinggi.
“Dengan kenderaan baru ini maka penyelenggaraannya dapat dikawal dengan lebih baik lagi.

“Penggantian kereta exco bukanlah suatu perkara yang pelik kerana ia turut dilakukan oleh kerajaan negeri lain.

“Apabila adanya kenderaan baru tersebut, ahli exco kerajaan negeri dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dalam keadaan selamat dan selesa, ” tambah beliau lagi
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan