Kes kibar Jalur Gemilang terbalik: Polis siasat sengaja aibkan dengan niat

Polis mengesahkan kejadian perselisihan faham membabitkan seorang lelaki dan beberapa penghuni sebuah rumah berpunca daripada pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik, di Senggarang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu jam 11.10 malam dan menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, polis dapati Jalur Gemilang yang didakwa dikibarkan secara terbalik sudah diturunkan. Individu yang terbabit dalam perselisihan faham itu kemudian disuraikan secara aman.

“Berikutan rakaman video kejadian itu menjadi tular, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan selain Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Azhan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan kesilapan dalam mengibarkan Jalur Gemilang selain tidak melakukan provokasi atau mengambil tindakan sendiri termasuk menjadikannya tular jika terjumpa pihak yang melakukan kesilapan sedemikian.

Sejak tengah malam tadi, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki memanggil penghuni sebuah rumah supaya keluar sebelum memarahi mereka kerana mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan