‘Charles Santiago kini setaraf dengan sayakah’, soal Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam nada sinis hari ini menyifatkan kedudukan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ketika ini ‘setaraf’ dengan dirinya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin DAP terbabit terhadapnya yang dikatakan sering membuat keputusan secara berseorangan.

“Di masa depan (nanti) apabila saya nak buat keputusan saya tanya (dahulu) boleh atau tidak (kepada) Santiago, boleh atau tidak boleh buat.

“Kalau boleh dapat pandangan dia, (bermakna) dia setaraf dengan saya,” katanya secara sinis seperti dipetik Astroawani hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Dan Penyerahan Daging Korban peringkat Dun Ayer Hangat di Masjid Al-Hana, Padang Matsirat pada Isnin.

Hari ini, Santiago dalam satu catatan di laman Facebook rasminya, berkata situasi sekarang menunjukkan seolah-olah Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu itu  bertindak sendirian, walaupun datang dari parti yang dikira minoriti dalam Pakatan Harapan.

Tambahnya, sudah tiba masanya untuk menilai kembali proses membuat keputusan di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan