Gempur kumpulan pelampau sebagai ancaman kepada negara

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kumpulan pelampau di negara ini sebagai satu ancaman kepada negara.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di laman facebooknya hari ini, yang mahu masyarakat di negara ini bersama untuk menggempur kumpulan pelampau di negara ini.

“Kumpulan pelampau seperti ini sepatutnya disenaraikan di bawah anasir subversif dalam negara. Mereka hendaklah dianggap sebagai satu ancaman kepada negara setaraf dengan ancaman terrorisme.

“Masyarakat Malaysia hendaklah digemblengkan untuk menggempur kumpulan pelampau ini sehingga mereka pulih atau keluar meninggalkan negara ini,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau dipercayai merujuk kepada satu laporan media  yang dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di Langkawi  dipetik sebagai berkata, badan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong sebagai “rasis” kerana menuduh langkah kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah sebagai satu bentuk “Islamisasi”.

“Dong Zong ini rasis. (Dahulu) kita buat sekolah satu kampus – Sekolah Wawasan – sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan di dalam satu kampus.

“Dia tak mahu (kerana) takut anak dia konon bercampur dengan orang Melayu. Jadi dia (Dong Zong) tak suka orang Melayu.

“Semua dia bantah. Tak pernah setuju dia dengan apa-apa pun (keputusan kerajaan),” kata Dr Mahathir kepada media dalam satu majlis ramah mesra di Langkawi, hari ini.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan