Kerajaan
sedang mengkaji kemungkinan untuk membuka pusat baharu bagi industri
penerbangan Malaysia berikutan tanah seluas 25,000 ekar yang
diperuntukkan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) dilihat tidak mencukupi untuk menampung pertumbuhan industri
tersebut, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, walaupun tiada sebarang jangka masa
ditetapkan bagi merealisasikan hasrat itu, beliau melihatnya sebagai
satu kemudahan yang perlu diwujudkan dengan segera.
Ini berikutan sebelum ini, tumpuan kerajaan hanya kepada aspek
pertumbuhan KLIA dan bukan membabitkan industri penerbangan tambang
rendah, kata beliau.
“Pada masa itu, kita (hanya) memikirkan soal pengembangan KLIA dan
sama sekali tidak menyedari mengenai industri penerbangan tambang
rendah.
“Jangaan kita (pada masa itu) adalah apabila mencapai 25 juta
penumpang, kita perlu membina pusat baharu. Namun, sebelum dapat
mencapainya, kita sebaliknya mempunyai syarikat penerbangan tambang
rendah yang menyumbang 40 juta penumpang dan kita juga telah ada sebuah
terminal baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat RedQ yang
juga ibu pejabat syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia di sini,
hari ini.
Mengulas selanjutnya, Perdana Menteri juga menyifatkan perniagaan penerbangan sebagai kian pesat berkembang.
“Kita perlu mengikuti trend itu, kebanyakan (perkembangan itu)
membabitkan penerbangan tambang rendah dan akan wujud permintaan
terhadap pesawat,” katanya.
Malah, beliau berkata, beberapa negara juga telah menyatakan minat untuk memasang pesawat dan helikopter mereka di Malaysia.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan