Bagi
sesi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sehingga Jun tahun
ini, kerajaan negeri telah menyediakan sejumlah lebih RM1.3 juta bagi
1330 pelajar seluruh negeri ini.
Demikian dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chong Eng
semasa menyampaikan sumbangan tersebut bagi Daerah Seberang Perai
Tengah semalam.
Jelasnya, sumbangan yang diberikan membuktikan kerajaan negeri senantiasa prihatin dan menghargai setiap warga negeri ini.
Malah kata beliau lagi, sumbangan tersebut melibatkan sejumlah 1330 pelajar bagi seluruh Pulau Pinang sehingga Jun 2019.
“Bagi Daerah Seberang Perai Tengah sahaja jumlah sumbangan yang diberikan adalah kepada 347 orang pelajar.
“Manakala jumlah yang diagihkan adalah sebanyak RM270,200.
“Adalah diharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh setiap keluarga, ” ujarnya.
Tambah Chong Eng lagi, dengan sumbangan yang diberikan oleh kerajaan
negeri pada kali ini, ia diharapkan dapat membantu bagi proses
pendaftaran para pelajar ke IPT.
Sumbangan yang diberikan kali ini turut merangkumi pelajar Institusi
Pengajian Tinggi Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta juga
Politeknik.
Hadir sama dalam majlis penyampaian sumbangan yang telah diadakan di
SP Arena Seberang Jaya ialah Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon serta
juga Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Kamarul Haizal Koderat.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan