Pemuda
Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak menyokong ketegasan Menteri Pertahanan,
Mohamad Sabu yang menganggap mana-mana pihak tanpa mengira kaum yang
menghina peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan musuh kepada
negara.
Hasnul Zulkarnain Abd Munaim juga bersetuju bahawa tindakan
sedemikian adalah sangat jijik dan tidak boleh diterima sama sekali.
“Kami menegaskan, penghinaan kepada ATM serta pihak keselamatan yang
lain adalah satu perkara yang sangat serius kerana ia jelas menghina
institusi penting yang menjaga kedaulatan negara.
“Semua pihak perlu menginsafi bahawa keamanan dan kemakmuran negara
yang dikecapi pada hari ini antaranya adalah atas pengorbanan pihak ATM.
Setiap penghinaan terhadap insitusi pertahanan dan keselamatan negara
wajar dikutuk,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak berkuasa mengambil
tindakan yang serius dan tuntas terhadap mereka yang menghina ATM dan
cuba menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat.
Selain itu, Hasnul juga berharap agar kerajaan di bawah pimpinan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat mempertimbangkan saranan
Menteri Pertahanan supaya kerajaan menambah peruntukan Kementerian
Pertahanan bagi meningkatkan kekuatan pihak tentara serta menjaga
kebajikan mereka.
“Kami yakin harapan Kementerian Pertahanan ini dapat direalisasikan
oleh kerajaan yang prihatin terhadap kesiapsiagaan pertahanan negara dan
kebajikan anggota tentera,”ujarnya.
Justeru itu, Pemuda HARAPAN Perak mengajak seluruh rakyat Malaysia
untuk menghormati dam menghargai peranan serta pengorbanan yang
dilakukan oleh ATM.
\
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan