Tiga
orang Ketua Pas Cawangan telah bersetuju mengisytihar diri mereka untuk
meninggalkan Pas di atas alasan tidak boleh menerima kerjasama politik
Pas-Umno .
Mereka termasuklah Ustaz Mat Wan Yusoff, Ustaz Hassan Deraman dan Ab Hamid Omar.
Ketua PAS Cawangan Kampung Lundang Ustaz Mat Wan Yusoff yang bersama
parti islam sejak 20 tahun lalu menyertai AMANAH sekali gus bersama-sama
menubuhkan AMANAH Cawangan Kampung Lundang Kota Bharu pada satu majlis
yang berlangsung pada Hari Raya Qurban, 11 Ogos lalu.
Beliau menyatakan tidak dapat menerima kerjasama politik Pas dengan Umno seperti yang sedang berlaku sekarang.
Beliau juga gembira apabila Datuk Husam Musa dipilih sebagai Ketua
AMANAH Kawasan Kota Bharu sesi 2019 2022 pd Mesyuarat Tahunan 3 Ogos
lalu.
Ustaz Mat turut menyerahkan 30 keping borang permohonan menjadi ahli
AMANAH sebagai tambahan kepada 80 permohonan yang dikemukakan pada Hari
Raya Puasa yang lalu.
Borang-borang keahlian diserahkan Pengerusi AMANAH Kelantan Cikgu Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Hadir sama adalah peguam Yusoff Yaakob selaku Setiausaha AMANAH Kawasasan dan Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Hamzi Che Mood.
Umno dan Pas memuktamadkan kerjasama antara kedua-dua parti melalui
pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) yang akan diadakan
pada 14 September depan.
Piagam dan MoU itu akan ditandatangani sendiri presiden kedua-dua
parti dan majlis itu akan dihadiri semua pemimpin UMNO serta PAS dari
seluruh negara.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan