Pemimpin Pas Sebarkan Kebencian



Oleh Ust Zolkharnain Abidin

Awat hang suka kata macam² dekat pemimpin Pas?

Sebab pemimpin Pas buat benda yg kacau ketenteraman awam. Bukan hari ini, tapi semenjak dulu, Pas memang suka buat kacau dan sebar kebencian.

Pemimpin Pas nak kritik, nak buat demo, nak pakai t-shirt pink, nak takbir kuat, silakan. Tapi jangan buat benda yang ganggu ketenteraman awam, gugat keharmonian hubungan antara warga.

Apa yang pemimpin Pas dah buat? Banyak. Contohnya, pemimpin Pas gunakan mimbar masjid utk sebarkan kebencian antara sesama jemaah melalui khutbah Jumaat.

Sepatutnya khutbah Jumaat, dengan masa sekitar 20 minit diguna utk beri pencerahan tentang perkara musykil, memotivasikan orang ramai taat kepada Allah, bekerja lebih kuat dan sebagainya.

Tapi pemimpin Pas guna mimbar untuk semai kebencian, fitnah, sebar maklumat salah, laga-lagakan jemaah. Dengan lantang sekali, pemimpin Pas guna mimbar untuk labelkan orang itu dan ini Firaun.

Kerajaan beri peluang pemimpin Pas guna mimbar untuk sebarkan kebaikan, pemimpin Pas guna untuk buat fitnah. Memang sedaplah nak mengata orang atas mimbar, sebab makmum tak jawab.

Kalau depa dihalang berkhutbah atau berkuliah, mulalah depa kata, kerajaan zalim, halang dakwah, sekat Islam, Islam dihina dan macam² lagi.

Padahal, pemimpin Pas yang mulakan kekacauan dan kekecohan. Nak kritik, kecam, hentam, boleh, tapi bukan melalui mimbar masjid hari Jumaat. Itu mengganggu ketenteraman awam.

Jangan guna mimbar Jumaat untuk sebar kebencian. Ajaklah makmum kepada hidup bersama secara aman. Mentang²lah makmum diam, tak lawan balik, sedap saja mulut hangpa buat fitnah.

Tengok gaya bukan main. Pakai serban, pakai jubah, dipanggil tuan guru, berkuliah sana-sini, tapi mulut penuh kebencian yang dihambur di atas mimbar Jumaat

Pemimpin Pas kena berhenti sebar kebencian dan pergunakan agama untuk sebar kebencian. Nak berpolitik silakan. Tapi bukan dengan fitnah dan sebar kebencian.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan