Nasib Tanah Rezab Melayu Di Terengganu

Oleh Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Pada bulan September tahun lepas Tun Hanif Umar, sebagai Penasihat Majlis Perundangan Melayu telah menyatakan hanya tinggal 12 peratus Tanah Rezab Melayu di seluruh Negara berbanding dengan 50 peratus seperti sepatutnya mengikut peruntukan asal.

Amat mengejutkan berita yang di siarkan semalam hanya 0.003 peratus tanah rezab Melayu di Terengganu yang masih tinggal berbanding dengan 50 peratus mengikut perlembagaan Persekutuan. Terengganu adalah  sebuah Negeri yang penduduknya 97 peratus Melayu.

Rakyat Terengganu hanya mengenali PAS dan UMNO untuk sebahagian besar 62 tahun yang lepas. Kerajaan hanya bertukar tangan di antara dua parti tersebut di mana PAS mendakwa memperjuangkan Islam sementara UMNO kononnya pembela Melayu. Persoalan utama sekarang bagaimana negeri yang di dominasi oleh  dua parti pejuang Islam dan Melayu dengan rakyat 97 peratus Melayu hanya tinggal 0.003 peratus tanah rezab Melayu?

Lebih mengejutkan lagi ialah bahagian warisan bandar Kuala Terengganu yang paling menarik di pelihara adalah Kampung Cina, sementara kampung tradisi Melayu hampir tidak lagi wujud. Kampung tradisi Melayu Ladang dan Tanjung hampir habis di robohkan dengan tinggal hanya lebih kurang 20 peratus sahaja yang kekal. Kesemua bangunan tradisi klasik Melayu di bandaraya Kuala Terengganu telah di robohkan.

Apakah usaha pejuang Melayu Islam dari UMNO dan PAS selama ini selain dari hanya bercakap kosong memperjuangkan hak Melayu? Dengan kerjasama dan gabungan UMNO-PAS yang telah berlaku kenapa nasibTanah Rezab Melayu dan orang Melayu sendiri makin begitu menyedihkan? Siapakah yang harus dipersalahkan?

UMNO dan PAS perlu menjawab isu ini kerana di Terengganu isu tanah rezab Melayu terancam memang nyata dan amat serius. Sebelum mereka terus menjaja isu Melayu tergugat atau terancam, mereka mesti terdahulu mencerminkan diri sendiri dan menjawab persoalan di negeri yang mereka telah memerintah secara bergilir sejak 62 tahun dahulu. Bukan hanya tanah rezab Melayu makin hilang di Terengganu, malahan kampung tradisi serta Warisan Melayu Terengganu juga makin pupus.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan