KUALA LUMPUR, — Setiausaha kepada Lim Kit Siang hari ini
mendedahkan amalan buruk salin dan tampal yang mengakibatkan berita
palsu tersebar secara leluasa susulan kes nahas baru-baru ini.
Dipercayai merujuk kes
kematian seorang lelaki Sabtu lalu, Syahredzan Johan melalui hantaran di
Facebook hari ini menyalahkan individu tersebut.
“Dan orang seperti inilah yang membuat keadaan jadi
keruh. Semoga kita dihindari daripada termakan fake news (berita palsu)
seperti ini,” katanya yang turut mengepil tangkap layar hantaran
Facebook lelaki berkenaan.
Tangkap
layar menyebut individu berkenaan memohon maaf kerana beliau “bukan
saksi kejadian” nahas tersebut sebaliknya lelaki itu hanya “copy paste
komen” pengguna lain.
“Jadi,
semasa saya scroll (semak) komen-komen, saya jumpa ada yang cerita
kronologi. Saya copy paste (salin dan tampal) dan share (kongsi) di page
(halaman) tersebut.
“Hakikatnya, saya tiada di tempat kejadian,” kata individu berkenaan selepas tangkap layar hantarannya tular
Sabtu lalu, seorang
lelaki maut akibat pergelutan susulan perselisihan faham berikutan nahas
di Kilometer 239 Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur
Bandar Baru Bangi. Kejadian itu kemudian menjadi isu hubungan antara
kaum.
Pasangan suami isteri,
masing-masing awal 40-an dan lewat 30-an ditahan polis. Mereka direman
tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan