1.Kekeruhan hubungan antara kaum bakal berlaku jika setiap dikalangan pemimpin politik dan NGO tidak berlapang dada dan berjiwa besar. Sewajarnya kita melihat kepada keutamaan dan kepentingan negara tercinta. Perpaduan, keamanan dan kedamaian hidup bersama dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah cara Malaysia. Parti Amanah Negara mengharapkan semua pihak dapat mengutamakan perundingan dan perbincangan bukannya mempapar sikap dan watak kekerasan dan kedegilan.
2.Berkaitan dengan isu kenyataan Dr Zakir Naik ianya perlu ditanggani
dengan penuh hikmah. Sementara kami tidak bersetuju dengan tuduhan
terhadap masyarakat India di Malaysia seperti yang diungkap oleh Dr
Zakir Naik, kita juga tidak boleh bersetuju dengan desakan agar Zakir
Naik dihantar balik ke India.
3.Kita bersetuju dengan keputusan dan pendirian YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Dr Zakir Naik boleh terus kekal di Malaysia. Namun dalam masa yang sama Dr Zakir Naik mestilah memahami dan menghormati keharmonian kaum yang unik di Malaysia. Dr Zakir Naik juga perlu memahami setiap orang yang diberi status permaustautin tetap tertakluk dan perlu memahami perlembagaan negara, kepelbagaian agama dan budaya dan mematuhi sistem perundangan di Malaysia. Saya percaya syarat syarat ini sudah tersedia maklum oleh Dr Zakir Naik. Syarat syarat tersebut bukanlah penghalang untuk aktiviti keagamaan Dr Zakir Naik tetapi ianya adalah peraturan dan garis panduan untuk memastikan keharmonian dan kestabilan politik Malaysia mesti di utama dan didahulukan.
4. Sekali lagi saya tegaskan adalah tidak wajar untuk mengusir keluar Dr Zakir Naik dari Malaysia dan tidak wajar untuk sesiapa saja yang bukan warganegara Malaysia membuat kesimpulan negatif terhadap mana mana warganegara Malaysia dari segi kesetian warganegara terhadap Malaysia. Negara ini mempunyai undang undang yang mampu menangganinya.
Ya Allah kau lindungi Negara Malaysia.
*Cintai Malaysia dan Sayangi Malaysia*
Haji Mahfuz Hj Omar
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
14 Ogos 2019/13 Zulhijjah 1440H
Kuching Sarawak.

0 comments:
Catat Ulasan