Bekas Presiden Indonesia, Habibie meninggal dunia

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, meninggal dunia pada usia 83 tahun di Jakarta pada pukul 6.05 petang (waktu tempatan).

Habibie menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto.
Berita duka pemergian Presiden ketiga negara itu disahkan anak lelakinya, Thareq Kemal.

Allahyarham Habibie mula menjalani rawatan secara intensif di hospital tersebut sejak 1 September lalu berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan