Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meluluskan peruntukan berkenaan hari ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham Mohd Zahir dalam mempertahankan kedaulatan negara.
"Biarpun sumbangan ini tidak dapat dibandingkan dengan kepiluan dan kesedihan yang sedang dilalui oleh Nour Shafinar, ia diharap sedikit-sebanyak membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Allahyarham.
Pada tengah hari Rabu juga, Nour Shafinar turut menerima kunjungan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke kediaman keluarganya.
Tuanku Zara yang tiba pada jam 12.30 tengah hari berkenan meluangkan masa hampir 30 minit bertanya khabar keadaan Nour Shafinar dan keluarganya
Allahyarham Mohd Zahir merupakan anak kepada seniman terkenal, AR Badul meninggal dunia selepas terkena tembakan dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi pada 4 September lalu.
Mohd Zahir, 36, yang merupakan pegawai komando daripada Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas meninggalkan seorang isteri serta lima anak berumur lima bulan hingga sembilan tahun. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan