Jangan jadikan jerebu alasan naikkan harga sayur

KUANTAN: Peniaga sayur di 800 pasar tani seluruh negara diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga jualan dengan alasan jerebu.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Zainal Abidin Yang Razali berkata, pihaknya memandang serius tindakan segelintir peniaga menaikkan harga sayuran hingga membebankan pengguna.

Menurutnya, bahagian penguatkuasa FAMA daerah negeri melakukan pemeriksaan secara berterusan di semua pasar tani bagi memastikan peniaga tidak cuba mengambil kesempatan dalam keadaan sekarang.

Katanya, beliau difahamkan oleh pegawai Jabatan Pertanian pengeluaran sayuran tidak terjejas dalam keadaan sekarang kerana tahap jerebu masih pada tahap tidak terlalu serius kecuali beberapa daerah sahaja.

“Pengeluaran sayuran jenis daun hanya akan terjejas sekiranya jerebu pada tahap serius berlaku selama dua minggu secara berterusan, proses pembesaran pokok tidak dapat berlaku seterusnya akan mati.

“Justeru saya menasihatkan kepada peniaga termasuk pengeluar di peringkat ladang supaya tidak cuba mengambil kesempatan, tindakan tamak mereka itu akan membebankan pengguna,” katanya kepada BH, di sini.

Beliau berkata, FAMA sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian dalam mengenal pasti tahap pengeluaran sayuran di negara ini, terutama membabitkan kawasan pengeluaran utama negara.

Zainal Abidin berkata, bagi memastikan peniaga sayur tidak sesuka hati menaikkan harga pemantau secara berterusan akan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa lain.

“Saya berharap peniaga sayur di semua pasar tani seluruh negara dapat mengamalkan amalan jualan sambil bersedekah dengan menjual pada harga murah.

“Imej pasar tani akan terus bertambah baik apabila semua produk pertanian yang segar terus dari ladang dijual pada harga berpatutan,” katanya yang berharap lebih banyak pasar tani dibuka seluruh negara
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan