KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah, berkenan mengetepikan protokol dengan menaiki
pesawat angkut A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
semalam.
Baginda berdua berkenan menaiki pesawat itu ketika
berangkat ke Kelantan untuk memberi penghormatan terakhir kepada
Ayahanda Sultan Kelantan, Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum
Sultan Yahya Petra.
Istana Negara dalam satu kenyataan di
Instagram berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menaiki pesawat
angkut itu kerana pesawat kerajaan digunakan bagi tujuan lain.
“Keperibadian
tinggi Seri Paduka Baginda Tuanku berdua terserlah apabila baginda
berkenan berangkat menggunakan pesawat angkut itu kerana pesawat
kerajaan digunakan untuk tujuan rasmi lain.
“Turut
mengiringi baginda Tuanku berdua adalah pegawai dan kakitangan Istana
Negara yang turut menaiki pesawat angkut itu,” kata kenyataan itu, hari
ini.
Instagram Istana Negara turut memuat naik beberapa
gambar dan video keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah
bersama kakitangan Istana Negara ke Kelantan.
Istiadat
pemakaman jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra di Makam Diraja Langgar,
di Kota Bharu, Kelantan, selesai jam 7.20 malam tadi, selepas selesai
tempoh diberikan kepada rakyat jelata dan orang kenamaan memberikan
penghormatan terakhir selama dua jam.
Almarhum mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kota Bharu, jam 8.11 pagi semalam.
Menteri
Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam mengisytiharkan cuti
peristiwa selama dua hari bermula hari ini bagi menghormati perkabungan
Almarhum Sultan Ismail Petra.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan