KUALA LUMPUR: Berita mengenai pelantikan Datuk Voon Tin Yow sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property Bhd adalah
spekulasi semata-mata, dan pihak pengurusan syarikat hartanah berkenaan
tidak mengetahui mengenainya.
Pemangku Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi AlBakri Wan
Amin Jaffri, berkata pihaknya tidak mengetahui sama ada Tin Yow akan
dilantik untuk menerajui barisan pengurusan tertinggi pemaju hartanah
itu.
Namun, tegasnya, pengumuman rasmi hanya akan dibuat Sime Darby Property apabila tiba masanya.
“Buat
masa ini ia hanya khabar angin. Di negara ini, khabar angin pada
dasarnya sangat berleluasa, kadang-kandang ia betul, kadang-kadang
sebaliknya,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan
Sime Darby Property bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2019 di sini, hari
ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai
desas-desus pelantikan Tin Yow sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Sime Darby Property dengan ditawarkan gaji RM265,000, sekali gus
membelakangi Ketua Pegawai Eksekutif Bumiputera yang layak.
Mengenai
adakah benar gaji Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby
Property dalam RM60,000 sebulan dan gaji yang dicadangkan untuk Ketua
Pegawai Eksekutif baharu lebih RM260,000, Wan Hashimi berkata, ia kurang
tepat dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Tin
Yow ketika ini adalah Pengarah Eksekutif Eco World Development Group
Bhd dan mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam industri pembinaan dan
pembangunan hartanah.
Setakat 31 Julai 2019, pemegang
saham utama Sime Darby Property ialah Permodalan Nasional Bhd dengan
memiliki 56.6 peratus kepentingan; diikuti Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja dengan memegang 11.1 peratus kepentingan dan Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak 4.8 peratus.
Sime
Darby Property, pemaju hartanah terbesar di Malaysia dari segi jumlah
simpanan tanah, kini membangunkan 23 perbandaran/ pembangunan aktif
dengan pencapaian global merangkumi aset dan operasi merentasi rantau
Asia Pasifik dan United Kingdom.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan