Dulu, nama syarikat yang mencetak Harakah ialah Angkatan Edaran Sdn Bhd.... Kemudian Angkatan Edaran diisytiharkan muflis (winding-up) bukan kerana syarikat tak mampu bayar hutang, tetapi kerana tindakan mahkamah oleh pihak lain yang menyaman penulis buku yang dicetak oleh Angkatan Edaran kerana kesilapan fakta dan data yang terdapat dalam buku itu.
Penulis buku itu yang salah... Syarikat hanya mencetak saja... Syarikat bukan editor... Tetapi bila pihak yang dimaksudkan dalam buku itu membuat saman, mereka saman penulis dan syarikat pencetak sekali.
Mahkamah membuat keputusan penulis itu kena bayar sekian-sekian amaun
kepada plaintif, dan kerana gagal membayar maka plaintif mengambil
tindakan kebankrapan terhadap penulis, dan syarikat percetakan itu
diisytiharkan gulung tikar.
Menurut undang-undang syarikat, lembaga pengarah dan syarikat adalah dua entiti yang berbeza.... Dalam kes ini, yang bankrap ialah penulis, dan syarikat yang diisytiharkan gulung tikar, bukan pemilik syarikat.
Syarikat percetakan yang muflis kerana hukuman mahkamah terhadap kesilapan penulis inilah yang Harakah berhutang dengannya sampai jutaan ringgit.
Tetapi sekarang kes itu telah diselesaikan dan penulis telah membayar jumlah saman yang ditetapkan oleh mahkamah, dan dia sudah dilepaskan dari kebankrapan.
Itu satu.... Satu lagi, selepas Angkatan Edaran diisytiharkan gulung tikar, maka telah ditubuhkan syarikat lain dengan nama NAJ Press Resources yang menjalankan aktiviti percetakan yang sama dan kilangnya di tempat yang sama, dan percetakan Harakah terus dicetak oleh orang yang sama cuma nama syarikat percetakan saja yang bertukar.... Dan, dengan dengan NAJ Press pun Harakah berhutang sampai jutaan ringgit.
Sekarang, pihak Harakah telah mengalihkan cetakan kepada syarikat lain, kilang cetak milik Cina dan non-muslim, tanpa membayar hutang dengan Angkatan Edaran dan NAJ Press yang jumlahnya melebihi RM3 juta ringgit.... Walhal NAJ Press masih beroperasi sampai sekarang, dan bahkan Angkatan Edaran telah dilepaskan dari winding-up.
Ok lah, katakanlah Harakah tak mahu bayar hutang dengan Angkatan Edaran dengan alasan syarikat itu muflis, tapi bagaimana dengan hutang dengan NAJ Press....? NAJ Press tidak pernah muflis dan masih beroperasi sampai sekarang.
Begitu ceritanya... Angkatan Edaran terpaksa menanggung akibat kesilapan yang dilakukan oleh pihak lain... Dan kalau ya pun, jumlah yang Harakah berhutang dengannya lebih tinggi dari jumlah yang perlu dibayar kepada pihak yang menyaman penulis
.
Kalau PAS memberi alasan tak mahu bayar hutang kerana syarikat percetakan itu muflis, bagaimana dengan hutang Harakah dengan NAJ Press...? NAJ Press tidak muflis, masih beroperasi sampai sekarang, silalah bayar.
Oleh kerana PAS mendakwa sebagai parti Islam, maka menurut hukum Islam, Harakah wajib bayar semua hutang dengan Angkatan Edaran dan NAJ Press.
...

0 comments:
Catat Ulasan