Rahmatan Lil Alamin : Tolak anasir-anasir jahat yang hendak meruntuh perpaduan

Oleh Mohd Mukhlis Mohd Sharif

Pagi tadi anak sulong ( nama manja MokMan walaupun kurus) makan roti bawang yang di beli semalam dari Tesco. Pastu dia cakap "semalam yang timbang roti Man tu orang OKU".

 Lepas tu saya tanya MokMan "apa dia OKU tu?" . Dia kata tak tahu. Saya terangkan yang OKU itu orang kurang upaya yang ada kekurangan dari manusia yang biasa.

 Lepas tu MokMan kata "Nasib baik dia tahu timbang roti tu".

 Lepas tu saya bagi syarahan pada dia yang OKU juga adalah manusia yang sama dengan orang yang normal, mereka juga perlu kan pekerjaan supaya mereka rasa yang mereka adalah sebahagian dari masyarakat.

Cuma tak banyak syarikat tempatan yang sanggup mengaji pekerja kurang upaya dia Malaysia; mungkin kerana pekerja OKU kurang efisyen berbanding pekerja yang normal.

Waktu saya bagi roti saya untuk di timbang, saya juga perasan yang dia ada tag "OKU" dan bergerak agak perlahan.

 Lepas dia timbang saya , saya perasan dia hanya letak harga 1 dari 2 roti kopi saya dan saya tegur minta supaya dia timbang yang satu lagi. Lepas dia letak sticker yang baharu saya ucap terima kasih.

Tiba saya rasa macam bagus betul pasaraya tesco mengaji mereka yang kurang upaya. Mungkin salah satu dari tanggungjawab sosial korperat mereka dan ini cara mereka balas balik pada masyarakat.

Saya rasa McDonald dan Grab juga ada mengaji pekerja OKU di Malaysia, cuma kurang penyertaan dari syarikat tempatan.

Awak kena lihat, syarikat luar negara sudah banyak mempraktik nilai insan dalam perniagaan mereka.

 Dari pengunaan beg yang boleh di pakai berulang kali, pengunaan tenaga hijau, pengurangan dalam pengunaan plastik semua ini adalah demi masa depan dunia yang lebih baik. Kadang-kadang perkerjaan macam ini yang sangat diperlukan oleh OKU dan bukannya one off bantuan bila hari raya atau perayaan.

Sekurang-kurangnya mereka rasa mereka juga ada saham dalam membantu membina negara. Bila kita lihat golongan yang kurang bernasib baik dari kita, kita akan kurang rasa perkauman dan prejudis dalam diri.

Orang kurang upaya ini ada dalam mana-mana bangsa dan agama. Malaysia ini kecil sahaja, kalau kita semua hendak berbunuhan antara satu sama lain, adakah ini masa depan yang kita mahu wariskan pada anak-anak kita?

Lihat di luar negara dan kita akan faham yang ada masalah lebih besar dari bergaduh bab agama dan bangsa. Dunia ini semakin sakit. Pemanasan global adalah perkara yang nyata.

Sebab itu negara jiran kita Indonesia hendak pindah ibu negara di kalimantan, sebab Jakarta adalah bandar yang di bawah laut, hampir sama dengan venice.

Sebab itu juga eropah sudah bertukar pada sumber lain selain dari sumber fosil dan kita di Malaysia bergaduh pasal isu kecil. Jika ada musibah besar e.g. banjir (nauzubillah), tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban semuanya akan turut terkesan. Kita di lahirkan sebagai penduduk Malaysia dan akan mati sebagai warga negara Malaysia; kita perlu tolak anasir-anasir jahat yang hendak meruntuh perpaduan rakyat Malaysia

Sarapan percuma untuk pelajar sekolah ada satu langkah yang tepat ke arah negara rahmatan lil alamin. Berapa ramai anak2 golongan B40 yang datang sekolah dengan perut kosong dan macam mana mereka hendak belajar kalau perut kosong?

Kalau anak-anak B40 ini jadi pandai mereka akan dapat bebaskan keluarga mereka dari kitaran kemiskinan yang mencengkam. Seterusnya mereka akan keluar dari minda terkepung dan akan membentuk masyarakat yang berdaya saing dan maju.

 Hidup ini perlu lihat dari gambar yang besar, bukan apa yang ada di depan mata. Kadang-kadang kita di asyikkan dengan tengok anjing bergaduh tapi lupa yang pencuri dengan mudah pecah masuk rumah kita. WAllahualam
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan