Yadim syor tulisan jawi dipraktikkan semula

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengesyorkan supaya tulisan Jawi dihidupkan semula selaras dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf agar semua pihak menyemarakkan penggunaan tulisan Jawi dalam sebarang urusan mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Yadim memetik Mujahid dalam ucapannya semasa melancarkan program Semarak Tulisan Jawi pada semalam, yang menekankan tulisan berkenaan sebagai satu warisan negara yang perlu dipelihara.

Dalam program berkenaan, Mujahid turut menyampaikan tanda nama tulisan berkenaan serta Buletin Yadim keluaran khas menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya kepada ketua ketua agensi di bawah beliau sebagai simbolik pelancaran.

“Yadim merupakan urusetia pelaksana bagi kempen ini.

“Adalah diharapkan usaha ini akan dapat menyemarakkan lagi penggunaan tulisan Jawi untuk pelbagai urusan lain seperti penggunaan papan tanda arah, dokumen rasmi dan sebagainya,” kata Yadim.

Dalam ucapannya semalam, Mujahid turut mengingatkan, selain bertujuan mengembalikan sejarah warisan negara, tulisan Jawi juga adalah perantara rasmi sebelum ini.

“Malah kita pernah utus surat kepada Baginda Ratu Elizabeth mengucapkan tahniah kepada beliau atas pertabalannya menggunakan tulisan Jawi,” katanya.

 Turut hadir  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menterti Fuziah Salleh dan ketua-ketua jabatan dan agensi agama.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan