Ketua
Kawasan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Pulai, Suhaizan Kaiat hari
ini mengumumkan melepaskan jawatannya pada Mesyuarat Tahunan Kali Ke-4
Tahun 2019.
Dalam pengumuman tersebut, beliau menyatakan sudah tiba masa untuk pemilihan kali ini memilih Ketua Kawasan yang baharu.
Dalam pada itu, Suhaizan akui beliau menghadapi kekangan masa untuk
menjadi pemimpin yang baik di kawasan Pulai disebabkan pelbagai tugas
yang dipikulnya hari ini selain menjadi Speaker Dewan Negeri (Dun)
Johor.
“Sudah tiba masanya perwakilan untuk memilih ketua yang baharu dalam
pemilihan kali ini dan saya sudah menyatakan hasrat tidak menjadi Ketua
Kawasan sejak enam bulan yang lalu kepada pimpinan utama kawasan.
“Pulai adalah satu-satunya parlimen yang dimenangi oleh AMANAH di
Johor, tanggungjawab adalah berat dan memerlukan tumpuan masa yang
lebih. Pulai perlukan pemimpin yang mampu memberi fokus kepada
perkhimatan rakyat, pengukuhan Pakatan Harapan (PH), pembangunan ahli
dan cawangan-cawangan.
“Kemenangan kita harus kekalkan dan ini tugas bagi Ketua Kawasan yang
akan dilantik bersama dengan Jawatankuasanya. Apa yang perlu adalah
semangat membawa dasar parti kepada masyarakat di Pulai,” katanya ketika
menyampaikan ucapan aluan.
Menurut Setiausaha Organisasi AMANAH Nasional itu lagi, sifat
bersaing dalam parti itu adalah suatu yang baik namun sifat menjatuhkan
lawan adalah perkara yang ditentang.
Beliau mengingatkan kepada semua perwakilan dan ahli AMANAH agar
mengingati semula perjuangan yang jerih serta payah selama ini
diharungi.
“Selama empat tahun umur parti ini kita bangunkan sama-sama dan
selepas itu kita diberikan kemenangan. Ini adalah dugaan yang besar bagi
kita.
“Persaingan dalam demokrasi ada yang kuat dan ada yang lemah namun
pekara itu adalah biasa. Saya harapkan selepas ini penyatuan serta fokus
kepada gerak kerja membangunkan parti,” ucapnya lagi.
Sebelum ini Suhaizan telah menerajui parti AMANAH di kawasan Pulai
selama empat tahun dan beliau sebelum ini aktif di kawasan Tanjung Piai
kerana bertanding di Dun Kukup pada PRU-14 yang lalu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan