Menganggap
Pas dan Umno sebagai penyelamat bangsa dan Islam bukan sesuatu perkara
mudah, berikutan pelbagai kontroversi yang melanda parti Umno pada
sebelum ini.
Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Ustaz
Abdul Ghani Samsudin berkata, menganggap mereka sebagai penyelamat
bangsa dan Islam tidak mudah kerana Umno sendiri masih belum
memperbetulkan kesilapan yang dilakukannya.
“Tentang ta’awun (tolong-menolong) itu, ayat al-Quran menyebut,
ta’awun adalah ayat umum yang mesti dibaca dengan ayat khas dia, iaitu
ayat yang menghalang cenderung kepada orang zalim, termasuk yang mencuri
dan mengambil banyak harta awam.
“Jadi, tidak boleh ada sesiapa yang menyokong atau cenderung ke arah
mereka. Bersekongkol itu lagi lah bercanggah dengan nas dan Umno memang
tidak mahu berdasarkan nas,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline, hari ini.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata demikian ketika diminta
mengulas tentang Himpunan Penyatuan Ummah melibatkan Umno dan Pas yang
akan berlangsung di PWTC selama dua hari
Program itu bakal menyaksikan pemeteraian piagam bersama antara
kedua-dua parti pembangkang itu yang akan ditandatangani pada 14
September ini.
Mengulas lanjut, Ustaz Abdul Ghani yang juga bekas Timbalan Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, parti Islam sewajarnya
menepati tuntutan pendalilan hukum-hukum syarak.
“Ayat-ayat yang bersifat umum mesti dihubungkan dengan ayat yang
mengkhususkan makna umum ayat berkenaan, tanpa dihubungkaitkan ayat am
dan ayat yang mengkhususkan, ia bermakna akan mendapat kesimpulan yang
salah dan songsang.
“Oleh itu, parti Islam perlu menepati pendalilan yang amanah dan
benar terhadap hukum syarak dan ini menyebabkan persekongkolan Pas dan
parti kleptokrasi serta kepimpinan yang banyak rasuah, ianya sangat
bercanggah dengan ayat berkenaan.
“Menganggap mereka itu sebagai penyelamat bangsa dan Islam tidak
mudah kerana duit yang diambil pun masih belum dipulangkan, malah belum
bertaubat daripada melakukan kesilapan,” jelasnya yang pernah menerajui
Persatuan Ulama Malaysia.
Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha
Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan bersama
mengumumkan kerjasama kedua-dua parti itu akan diputuskan melalui
pemeteraian piagam dan Memorandum Persefahaman (MoU) pada Sabtu ini.
Piagam dan MoU itu akan ditandatangani presiden kedua-dua parti pada
majlis yang bakal dihadiri semua pemimpin Umno dan Pas dari seluruh
negara.
Pada 24 Mei lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
berkata piagam yang berbentuk Muafakat Perpaduan Ummah itu akan
melebarkan lagi hubungan kerjasama kedua-dua parti, berbanding sedia ada
\
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan