ALOR SETAR: Cadangan memboikot barangan keluaran bukan Bumiputera
disifatkan tidak wajar kerana tindakan itu hanya akan mengakibatkan
perpecahan dalam kalangan masyarakat.
Menteri Kewangan, Lim
Guan Eng, berkata tindakan golongan yang dianggap sebagai cetek
pemikiran itu dilihat mampu meretakkan hubungan masyarakat berbilang
kaum.
“Mana-mana pihak seharusnya tidak menganjurkan apa
juga program yang boleh memecah-belah masyarakat, sebaliknya semua harus
bersatu-padu supaya Malaysia menjadi negara berjaya.
“Jadi,
cadangan pihak tertentu untuk boikot-memboikot adalah tidak wajar
kerana sekiranya kita boikot, akan berlaku pecah-belah dalam kalangan
rakyat,” katanya ketika berucap sempena perasmian Pesta Kebudayaan Cina
Malaysia Ke-36 di sini, hari ini.
Pesta bermula semalam
hingga esok itu, diadakan di tiga lokasi berasingan di sekitar bandar
raya ini iaitu di Pertubuhan Kebajikan San Sheng, Dewan Perhimpunan Cina
Kedah dan Stadium Sultan Abdul Halim.
Guan Eng berkata,
jika berlaku perang dagangan dalam negara akibat tindakan boikot, ia
hanya akan mengakibatkan kerugian, sekali gus apa yang diusahakan
kerajaan tidak berhasil.
Katanya, kita seharusnya
mempromosikan budaya multilateralisme dalam dagangan dan bukan
unilateralisme yang hanya akan merugikan negara.
“Jika kita
mempromosikan unilateralisme, apa yang berlaku adalah peperangan
perdagangan yang boleh dilihat membawa kerugian kepada negara kecil dan
besar.
“Itu sebabnya kita hendak lihat bahawa kita ada
perdagangan bebas dan adil, jangan ada perang perdagangan seperti yang
kita lihat sekarang,” katanya.
Pada 4 September lalu,
Kabinet pada mesyuarat mingguan yang dipengerusikan Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bersetuju tindakan
memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah
tidak wajar.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan