Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pelaksanaan berkuatkuasa 1 Januari itu akan melibatkan kesemua anak syarikat di bawah JAINJ dan MAINJ.
Tosrin berkata, untuk memartabatkan lagi tulisan Jawi sebagai simbol agama Islam di negeri ini, satu jawatankuasa juga turut akan ditubuhkan.
"Semua di bawah jabatan agama Islam (termasuk MAINJ) mestilah menggunakan tulisan Jawi untuk memperkasakannya.
"Kalau kita hendak mengaji, kita mesti tahu baca dan tulis Jawi, jadi ia sedikit sebanyak dapat memahirkan kita untuk mengaji. Jadi saya harap seluruh masyarakat terutama orang Islam dapat menghayati dan belajar tulisan ini," katanya. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan