Terdapat pihak yang tidak
bertanggungjawab menggunakan imej pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang
tanpa kebenaran untuk membuka beberapa akaun Twitter bagi menyebarkan
kepalsuan.
Syahredzan Johan yang
merupakan Setiausaha Politik kepada Kit Siang berkata, pihaknya akan
terus memantau dan mendedahkan percubaan untuk menyebarkan kepalsuan
seumpama itu.
“Kit Siang juga sering menjadi mangsa kepalsuan atas talian.
“Sebelum ini, beliau telah difitnah
kononnya beliau ajen asing, lahir di negara China, akan menjadi Perdana
Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dan pelbagai kepalsuan lagi,”
katanya dalam kenyataan.
Syahredzan dalam pada itu, turut
menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan, individu dan badan korporat
untuk bersama-sama menentang ancaman penyebaran maklumat palsu khususnya
di atas talian.
“Sebagai individu, kita harus saling
ingat-mengingati untuk menyemak fakta sebelum menularkan sesuatu isu.
Sektor swasta pula boleh mempromosikan penggunaan media sosial yang
lebih bertanggungjawab.
“Usaha melawan kepalsuan atas talian
ini hanya akan berjaya sekiranya semua pihak menggembleng tenaga dan
bekerjasama untuk memastikan kepalsuan ini tidak menyebabkan perpecahan
masyarakat dan mengganggu-gugat keharmonian negara,” ujarnya. –
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan