Dakwaan cawangan AMANAH Kangar bubar tidak benar, kata Pengerusi Negeri Perlis

Dakwaan bahawa 14 cawangan AMANAH di kawasan Kangar, Perlis dibubarkan sepertimana disiarkan dalam portal Harakahdaily bertarikh 21 Oktober adalah tidak benar sama sekali, kata Pengerusi AMANAH Negeri Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim.

Katanya lagi, di kawasan Kangar ketika ini tidak ada cawangan yang sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Sebelum ini kawasan Kangar sudah pun bermesyuarat dengan perwakilan dari 8 buah cawangan.

“Dalam mesyuarat tersebut, kumpulan yang telah mengadakan sidang akhbar adalah kumpulan yang menang.

“Namun begitu selang beberapa minggu selepas mesyuarat tersebut, ROS telah memaklumkan bahawa kesemua 8 cawangan tersebut tidak berdaftar secara sah kerana minit mesyuarat penubuhan tidak sampai kepada ROS.

“Oleh kerana itu, maka mesyuarat kawasan Kangar juga sudah menjadi tidak sah, ” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, AMANAH Nasional telah mengarahkan AMANAH kawasan Kangar untuk memperbetulkan keadaan dengan mengarahkan mesyuarat semula kawasan.

Walau bagaimana pun, bagi mesyuarat ini korum mesyuarat bukan lagi terdiri daripada perwakilan cawangan, tetapi adalah 1/3 daripada ahli kawasan.

“Terdapat cara mudah bagi menjalankan mesyuarat tersebut iaitu dengan mendapatkan persetujuan mesyuarat untuk menerima Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah dipilih dalam mesyuarat terdahulu.

“Namun begitu, ini tidak dapat dilakukan kerana pemilihan awal dilaksanakan tanpa kesepakatan antara ahli-ahli sehinggakan ia menjadi tegang.

“Setelah kesepakatan tidak dapat dicapai, maka pemilihan semula AJK kawasan terpaksa juga dilaksanakan, ” tambahnya.

Menurut Wan Kharizal lagi, AMANAH Nasional sebelum ini telah pun mengarahkan supaya semua pemilihan semula perlu dilaksanakan dengan kaedah ‘e-voting’ menggunakan ‘apps electionbuddy’.

Ujarnya, kaedah ini telah pun diguna pakai oleh lebih 8 juta orang dalam lebih 37 ribu pilihan raya di seluruh dunia.

Justeru itu katanya, apabila pemilihan semula dilaksanakan dengan bantuan pasukan ‘e-voting’ dari AMANAH Negeri Kedah, maka keputusannya ialah AJK baru telah terlantik menewaskan barisan AJK yang telah dipilih dalam mesyuarat terdahulu. 
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan