Anwar ingatkan pemimpin PKR pamer kerja dan beramanah

Presiden Parti Keaadilan Rakyat (PKR)  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkali-kali mengingatkan ahli dan pimpinan parti itu supaya tidak begitu ghairah untuk mempamirkan kekayaan, sebaliknya harus pamirkan kerja yang baik.

Malah katanya setiap projek yang dilaksanakan haruslah untuk manfaat rakyat dan bukannya untuk kumpulan-kumpulan tertentu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PKR  Negeri Pulau Pinang pada Ahad di Bukit Mertajam.

Jelasnya lagi,setiap tindakan yang dilakukan oleh pimpinan kini akan dinilai oleh rakyat.

“Sistem ekonomi yang dilaksanakan dan dasar kini juga menjadi pemerhatian rakyat yang telah memberi mandat dalam pilihan raya yang lalu.

“Tiada lagi tolak ansur dalam soal yang melibatkan penyelewengan dan rasuah.

“Jika hendak selamatkan Malaysia, perlu bebaskan semua landasan dengan berani dan jelas, ” tegasnya.

Tambahnya lagi, kemiskinan harus dibasmikan tanpa mengambil kira kaum dan kelompok.
Katanya, terdapat juga kelompok kecil komuniti Cina dan India yang miskin dan perlu diberi keadilan dalam membela nasib mereka.

“Tegakkan keadilan untuk semua dan adakan landasan yang tepat dalam parti KEADILAN.
“Majoriti yang miskin adalah Bumiputera serta ada juga masyarakat Cina di kampung-kampung baru dan komuniti India yang miskin.

“Sehubungan itu parti KEADILAN mesti diperkuatkan termasuklah Pulau Pinang yang mesti mempunyai cabang dan ranting yang kuat termasuk anggotanya, ” ujarnya.

Manakala itu katanya, Sabah, Sarawak dan Johor mempunyai peningkatan keahlian yang amat mendadak setakat ini.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan