Pihak
yang mendakwa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak
mempunyai integriti dalam proses pensijilan halal seharusnya tidak
berbuat demikian tanpa bukti.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata
tuduhan yang dilemparkan itu adalah serius dan boleh menjejaskan nama
baik Jakim yang sememangnya amat menjaga segala aspek berkaitan halal.
“Jakim amat menjaga integriti dalam soal sijil halal yang melibatkan
pemberian sijil dan akreditasi yang memang di bawah tanggungjawab agensi
tersebut.
Bagaimanapun, jika ia berkaitan dengan pembangunan industri seperti
bimbingan usahawan untuk memperoleh sijil halal, ia bukan di bawah
Jakim,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan
Deepavali 2019 pada Ahad.
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata dakwaan itu yang
dibuat tanpa bukti juga dikhuatiri dibuat dengan niat tidak baik, dan
pihak yang terlibat seharusnya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan
tersebut.
Beliau juga mengingatkan pihak terlibat untuk segera mengemukakan
bukti kepada Jakim yang telah bersedia untuk mengambil tindakan
undang-undang, sekiranya perlu.
Pada 10 Okt lalu, sebuah artikel bertajuk ‘Malaysia Halal Crisis’
oleh Murray Hunter disiarkan di laman web Asia Sentinel mendakwa berlaku
isu integriti dan kompetensi kakitangan JAKIM dalam proses pensijilan
halal Malaysia.
Artikel itu antara lain mendakwa seorang pegawai Jakim meminta
bayaran bagi tujuan pendaftaran premis pemprosesan daging selain pegawai
sombong dan enggan membantu. — BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan