Calon
Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) Parlimen Tanjung Piai, dijangka diumum 30 Okt ini.
Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai
Karmaine Sardini berkata majlis pengumuman calon itu dijangka diadakan
di dataran terbuka berhadapan Dewan Jubli Intan, di sini, dan persiapan
mengenainya sedang dilakukan.
“Setakat ini kita (Bersatu Bahagian Tanjung Piai) sudah menyerahkan
tiga nama calon kepada pucuk pimpinan untuk diteliti dan diputuskan.
Kesemua tiga yang dinamakan itu merupakan pemimpin Bersatu Bahagian
Tanjung Piai,” katanya yang ditemui pemberita pada Ahad.
Karmaine berkata antara kriteria calon yang ditetapkan itu adalah
anak tempatan, seorang yang berpengalaman dalam politik dan mempunyai
latar pendidikan yang baik.
Ditanya mengenai gerak kerja pilihan raya itu, Karmaine berkata usaha
akan ditumpukan kepada 16 Pusat Daerah Mengundi yang mengalami
kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas.
PRK Parlimen Tanjung Piai ditetapkan 16 Nov depan berikutan kematian
penyandang kerusi itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas akibat
komplikasi jantung.– BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan