Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited
menjaga perpaduan rakyat tanpa mengira etnik, agama, wilayah dan usia
bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju.
Tegas Majlis Setiausaha Pakatan
Harapan, sebarang usaha menganggu gugat perpaduan rakyat akan
melambatkan agenda pembangunan ekonomi negara dan menyebabkan kerajaan
kleptokrasi kembali berkuasa.
Tambahnya, usaha mengganggu perpaduan
rakyat dengan isu perkauman semakin rancak dimainkan menjelang Pilihan
Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 15 November nanti.
“Meskipun PH mengakui PRK Tanjung
Piai agar sukar, namun kami percaya rakyat mempunyai pilihan antara
sebuah Malaysia yang lebih baik atau politik berasaskan kebencian,”
ujarnya dalam kenyataan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan secara
bersama oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin
Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution;
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Wira Haji Marzuki Yahya; Setiausaha
Agung Amanah, Datuk Wira Anuar Tahir; dan Setiausaha Organisasi DAP,
Anthony Loke Siew Fook.
Sokong penuh Belanjawan 2020
Majlis Setiausaha PH dalam pada itu
menyatakan sokongan penuh terhadap Belanjawan 2020 yang dibentangkan
oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Menurut mereka, Belanjawan 2020
mencerminkan komitmen kerajaan PH untuk memacu pembangunan ekonomi
negara berasaskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Belanjawan 2020 bukan sahaja mampu
merangsang pertumbuhan dan memperkemaskan struktur ekonomi, tetapi turut
mempersiapkan keperluan bagi setiap rakyat Malaysia dengan menyediakan
perkhidmatan kesihatan sejagat, pekerjaan yang bernilai tinggi dengan
gaji yang setimpal, pendidikan berpaksikan ilmu dan akhlak yang murni.
“Matlamat besar Belanjawan 2020 ini
adalah untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan
agama dapat merasai kemakmuran bersama, mengukuhkan perpaduan rakyat
dengan mengangkat prinsip keharmonian berteraskan semangat perlembagaan
persekutuan, dan bertolak ansur supaya keamanan negara dapat diwarisi
oleh anak cucu kita dengan penuh harapan dan peluang masa hadapan yang
lebih cerah,” ujarnya
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan