Konsep Rahmah teras wujud perpaduan kaum\

Peruntukan besar yang diterima Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Islam juga adalah untuk menangani gejala ekstremisme yang berpotensi menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, dengan bajet itu juga kementeriannya akan merangka pelbagai program untuk memastikan keamanan menjadi teras utama kepada kewujudan pelbagai kaum dan agama dalam negara ini.

 Justeru, katanya, beliau memperkenalkan enam nilai utama yang akan diperjuangkan dalam pentadbiran Islam, iaitu ‘Rahmah’
Kata beliau, ‘Rahmah’  iaitu Rahmah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormati menghormati dapat menyumbang dalam konteks kemakmuran, aman serta damai.

“Sebab itu kerajaan melihat ‘Rahmah’ sangat penting dan kerana itu kami ingin menyumbang dalam konteks kemakmuran itu kepada satu suasana yang rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Kita ada enam nilai yang kita perjuangkan dalam pentadbiran Islam seperti terkandung dalam perkataan ‘Rahmah’ itu sendiri.

“Jadi, pentadbiran Islam dalam konteks ini akan menyumbang menerusi bajet yang ada untuk memastikan keamanan itu menjadi teras utama kepada kewujudan pelbagai kaum dan agama dalam negara ini,” katanya pada sidang media khas di Bilik Whip Parlimen  sperti dipetik dari MGi.

Menurut Dr. Mujahid, program’Rahmah’  itu yang tertegak atas enam nilai besar akan diguna untuk tujuan mempromosi, penerangan dan penjelasan melalui program bagi memantapkan Malaysia Baharu.

Ujar beliau, dengan teras itu juga ia akan mewujudkan keamanan dan sikap hormati menghormati yang dilaksanakan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) untuk dipacu dengan berkesan.

\
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan