Pejabat Tim. Menteri Pertahanan buat laporan polis hari ini

Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan akan membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya tindakan membawa masuk abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng adalah perancangan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.

Pejabat timbalan menteri itu dalam kenyataan hari ini menyebut penulis blog Raja Petra Kamaruddin dalam tulisannya hari ini bertajuk ‘The Fake Ashes Of Chin Peng’ telah membuat fitnah jahat dengan dakwaan itu.

“Timbalan Menteri Pertahanan tidak pernah membuat sebarang komen tentang perkara terbabit dan memandang serius tulisan fitnah Raja Petra,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semua pihak diminta bertenang dan tidak menyebarkan fitnah jahat berkenaan.

Beberapa media sebelum ini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 Sept lepas dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.
— BERNAMA
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan