Presiden
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sentiasa terbuka dan
bersabar dalam menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak
terhadap parti itu.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan kesabaran beliau ada batasan terutama
terhadap pihak yang menggambarkan PKR sebagai parti yang lemah.
“Saya sabar (bila orang beri gambaran) sebab fikir setiap orang ada hak untuk memberi gambaran.
“Tapi saya tak boleh (sabar) jika orang beri gambaran parti (PKR)
berpecah, lemah… sebab menjadi tanggungjawab saya untuk membina kekuatan
parti,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen PKR negeri Perak
malam tadi
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengulangi kenyataan untuk
memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
lebih-lebih lagi semasa beliau sedang menggalas satu tugas yang bukan
mudah.
“Khamis lepas saya berjumpa beliau dan bersembang lama. Saya buat
pendirian bagi sokongan penuh kepada beliau sebagai ketua. Kita jangan
persulitkannya, kita bersatu jangan berpecah,” kata Anwar.– BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan