Jumlah korban koronavirus di China naik 131 orang

JUMLAH korban wabak koronavirus di China naik kepada 131 orang, apabila pihak berkuasa di Hubei hari ini melaporkan 25 lagi kematian dan 840 kes sah terbaru.

Angka terkini yang dikeluarkan itu adalah jumlah di Hubei sahaja, yang menjadikan jumlah jangkitan seluruh China kini mencecah 6,000 kes.

Ia dikeluarkan apabila Jepun membawa pulang hampir 200 orang warganya dan AS pula mengeluarkan 240 warganya dari pusat wabak itu.

Lebih 50 juta orang dikuarantin di Wuhan dan kawasan sekitarnya, dalam usaha China mengekang penyebaran wabak itu.

Virus baharu itu kini sudah dikesan di bandar seluruh China dan beberapa buah negara lain.

Perancis juga sudah menyatakan hasrat mengeluarkan warganya dari bandar itu dalam tempoh beberapa hari lagi.

Presiden China Ji Xinping menggelarkan virus itu sebagai “syaitan” pada ucapannya bersama ketua Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) di Beijing, semalam, dan berikrar akan mengeluarkan perkembangan terkini krisis itu. – AFP,
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan